JenayahNasionalNegeri

Lelaki “wanted” kes pecah amanah, pemalsuan dokumen RM8 juta direman

POLIS berjaya mendapat perintah reman bagi menahan seorang lelaki “wanted” berhubung kes pecah amanah dan pemalsuan dokumen membabitkan kerugian hampir RM8 juta sejak 2018.

Majistret Nurshahida Abd Rahim membenarkan lelaki berusia 47 tahun dari Alor Setar itu direman selama lima hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 409/471 Kanun Keseksaan (KK).

Beliau berkata, suspek telah ditahan semalam selepas polis memburunya sebagai “wanted” sejak 5 September lalu.

Dalam laporan sebelum ini, Yusharifuddin berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang pelabur warga asing yang mendakwa kerugian hampir RM8 juta selepas diperdaya oleh rakan niaganya di negara ini, pada 26 Ogos lalu.

“Mangsa mendakwa rakan niaganya dilantik sebagai pengarah syarikat bagi perniagaan pengilangan memproses serbuk ikan dan vitamin bagi pasaran tempatan serta luar negara yang beralamat di Kuala Perlis,” katanya.

Katanya, dalam siasatan mendapati kejadian bermula sejawk 2018 hingga 2020 yang mana suspek mengambil kesempatan ketika sekatan perjalanan dikuatkuasakan sewaktu penularan pandemik Covid-19 melanda dunia.

Katanya, suspek disyaki melakukan jenayah pecah amanah dan pemalsuan dokumen terhadap syarikat dengan menjual empat lot tanah milik syarikat mereka di Kuala Perlis kepada pihak ketiga.

“Perbuatan berkenaan dilakukan tanpa pengetahuan mangsa yang berada di negara asalnya pada kejadian mengakibatkan anggaran kerugian sebanyak RM8 juta,” katanya.

Beliau berkata, polis melancarkan operasi ‘Ops Pekaka’ bagi mengesan kesemua suspek termasuk peguam dan pembeli yang dipercayai berada di beberapa negeri di utara tanah air dan sekitar Lembah Klang.

“Kita percaya mereka turut diperdaya oleh suspek dan mengambil langkah awal dengan menyekat urusan diteruskan dengan memasukkan ‘kaveat’ atau pencegahan pendaftaran transaksi mengikut Kanun Tanah Negara (NLC) ke atas kesemua tanah milik syarikat mangsa. – SM

BACA Bekas tentera tikam isteri sampai mati direman seminggu

BACA SPRM reman dua kakitangan Pejabat Perbendaharaan Perlis

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button