Mahkamah

Terkait dengan Covid-19, peguam minta keputusan Najib ditangguh

Peguam bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta supaya keputusan rayuan berkaitan sabitan dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd, yang dijadual esok ditangguhkan.

Menurut surat daripada peguam Najib kepada Mahkamah Rayuan, Ahli Parlimen Pekan itu dikatakan mempunyai kontak dengan individu positif Covid-19.

Surat tersebut turut menyatakan sebahagian besar pasukan peguamnya juga mempunyai kontak biasa, kontak rapat dan malah satu kes yang didakwa positif Covid-19.

Dalam surat daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh semalam, peguam memohon Mahkamah Rayuan melapangkan tarikh keputusan yang dijadualkan sebelum ini berkaitan keputusan rayuan Najib pada Rabu ini.

Para peguam juga meminta perbicaraan yang dijadualkan hari ini mengenai permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rayuan SRC turut dilapangkan.

Memetik laporan Malaysiakini, menurut surat itu, pada 4 Disember lalu, peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah, anaknya Muhammad Farhan dan isterinya, menghadiri satu majlis di mana kemudiannya diketahui ada seorang individu disahkan positif Covid-19.

Peguam mendakwa individu yang diuji positif itu adalah ibu kepada anggota pasukan peguam yang mewakili Najib.

Seorang lagi anggota pasukan peguamnya yang berasingan juga kemudiannya dikesan positif.

Mereka mendakwa Najib juga hadir ke firma guaman berkenaan untuk mengesahkan afidavit tertentu berkaitan permohonannya untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rayuan SRC.

Esok, Mahkamah Rayuan dijadual menyampaikan keputusan berhubung rayuan Najib untuk membatalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah SRC melibatkan penyelewengan RM42 juta.-SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button