PRK
Trending

Jaga-jaga `bom’ di akhir kempen?

MOMENTUM Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis setakat masuk hari ke-11 kempen berada di landasannya, namun cuma ditakuti `bom’ yang akan ditabur di saat-saat akhir pengundian Sabtu ini.

“Di Sabah, istilahnya dipanggil `bom’ (duit ditabur kepada pengundi), kami (BN) dapat laporan daripada pelbagai pihak dikatakan `bom’ akan ditabur oleh individu tertentu untuk mendapatkan sokongan.

“Justeru, kita minta SPR berfungsi sepatutnya, jangan tutup sebelah mata,” kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah kepada Suara Merdeka di Papar hari ini.

Kempen PRK Kimanis berbaki tiga hari sahaja lagi yang menyaksikan calon BN, Datuk Mohamad Alamin ditentang Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan.

Mengenai gesaan Parti Warisan supaya pengundi Kimanis seramai 29,664 menolak habis-habisan kehadiran pemimpin-pemimpin politik pembangkang dari Semenanjung yang turun berkempen, kata Shamsul Anuar:

“Peringkat awal Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal main sentimen mahu pengundi menolak parti-parti dari Semenanjung tetapi kebelakangan ini terpaksa benarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membantu mereka mengalahkan BN,” kata beliau.- SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button