Mahkamahpilihan

Warga emas tidak mengaku bersalah cabul kehormatan wanita 50 tahun

Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka di sini hari ini atas pertuduhan mencabul wanita berumur 50 tahun di sini bulan lalu.

Tertuduh, Liang Sing Kup, 82, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hasni.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Teng Mee Cheng, 50, dengan cara meraba tangan, memeluk badan serta memegang kepala dengan niat mencabul kehormatan mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di pejabat majikan di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, Banda Hilir dalam daerah Melaka Tengah di sini kira-kira pukul 3.50 petang 11 September lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishar manakala tertuduh diwakili peguam A.Renganathan Abdullah.

Majistret Khairunnisak kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dan menetapkan 7 Disember ini sebagai sebutan semula kes tersebut. – SM

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button