Bola SepakSukan

Barcelona bakal dimalukan lagi, gara-gara Coutinho

BARCELONA bakal berdepan situasi yang memalukan terpaksa membayar Liverpool sebanyak 4.5 juta pound (RM24 juta), jika Philippe Coutinho memenangi Liga Juara-Juara, musim ini bersama Bayern Munich.

Coutinho menambah luka kepada Barcelona menerusi dua gol pada lewat permainan yang sekali gus membantu Bayern mencipta kemenangan besar 8-2, semalam dan menyaksikan kelab Catalan itu tersingkir daripada suku akhir Liga Juara-Juara.

Kegagalan itu bakal menjadi igauan lebih buruk buat Barcelona, kerana menurut laporan The Mirror, mereka perlu membayar Liverpool bonus sebagai sebahagian daripada perjanjian menandatangani Coutinho dari Reds pada 2018.

Difahamkan, bonus itu diperuntukkan untuk pencapaian pemain berkenaan dan bukannya kelab, jadi sekiranya Coutinho menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama kelab Jerman, Barcelona masih perlu membuat pembayaran tersebut kepada Liverpool. – Mirror UK – SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button