BeritaUncategorized

Integriti nadi pencapaian berkualiti – Raja Muda Perlis

Integriti dapat ditakrifkan sebagai sebuah kejujuran dan ketulusan, serta kesempurnaan dan keutuhan. Selain itu, ia juga membawa maksud kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan berteraskan prinsip teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Berdasarkan takrifan ringkas ini, integriti boleh difahami sebagai nadi utama kepada pencapaian hasil kerja berkualiti yang dipertanggungjawabkan terhadap seseorang individu ataupun organisasi dengan berlandaskan ciri-ciri kerja bersepadu dan menyeluruh, jelas baginda.

Justeru, setiap individu itu bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri masing-masing. Seseorang itu juga akan disifatkan sebagai seorang yang bermoral apabila melakukan sesuatu tindakan yang betul. Ini kerana individu tersebut mengetahui bahawa tindakan itu adalah betul secara konsisten dan sebati dengan dirinya. Oleh itu, amat penting untuk kita semua membentuk nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian dengan baik melalui kebiasaan dan latihan.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat mengetuai program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Khas Covid-19’ di sekitar kawasan Kg. Gial dan Kg. Guar Gajah dekat Arau baru-baru ini.

Antara rumah-rumah asnaf terpilih yang dijejaki dan disantuni bagi menyampaikan agihan zakat MAIPs berjumlah RM700 setiap seorang, ‘Kit MAIPs Peduli’ dan beras fidyah ialah milik Andah Senapi, Khadijah Hashim dan Omar Jusoh.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button