BeritaLuar Negara

Ivanka enggan tinggal di Rumah Putih lagi

ANAK perempuan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Ivanka Trump enggan tinggal di Rumah Putih andai bapanya memenangi Pilihanraya Presiden tahun hadapan.

Ivanka ketika ditemubual CBS dalam rancangan ‘Face the Nation’ hari ini memberitahu demikian selepas diminta mengulas sama ada akan terus berkhidmat sebagai penasihat kanan Rumah Putih.

“Bergantung, namun paling penting sekali adalah kegembiraan anak-anak yang menjadi keutamaan saya. Apa sahaja pandangan mereka saya akan pertimbangkan,” katanya.

“Tugas mempromosi pekerjaan dan penjagaan kanak-kanak yang berpatutan mendapat sambutan menggalakkan.

“Bagaimanapun, sejak hari pertama masuk ke bahagian Sayap Kanan, hari ini saya sudah rasakan terlalu lama berada di sini,” ujarnya.

Terdahulu, Donald Trump membuat pendekatan berbeza apabila membawa masuk Ivanka dan suaminya (menantu), Jared Kushner sebagai Penasihat Kanan Rumah Putih ketika memenangi Pilihan Raya Presiden pada 2016.

Ivanka sebelum melangkah masuk dalam pentadbiran kerajaan menutup syarikat pakaian dan beg tangannya.

Walau bagaiamanapun, beliau masih meraih pendapatan jutaan dollar menerusi Organisasi Trump dan hartanah Kushner. – Huffington Post.

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button