Agama

Raja Muda Perlis berangkat forum perdana

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail malam semalam berkenan berangkat menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Musibah Membawa Kepada Muhasabah’ yang diadakan di Masjid Assobirin Kg. Gial baru-baru ini.

Forum tersebut dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa masjid tersebut dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam TNB Perlis.

Ahli panel undangan terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj. Mohd Nazim Mohd Noor, Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Hj. Roslan Che Ros dan Imam Besar Negeri Perlis Hj. Ahmad Sirajuddin Hj. Abd Sattar Al-Hafiz.
Ia dimoderatorkan oleh Hj. Hashim Othman Al-Hafiz.

Turut hadir ialah Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahya yang menyerahkan sumbangan PR1MA berjumlah RM5,000 kepada masjid berkenaan untuk tujuan aktiviti pengimarahan dan Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Perlis, Azian Alias.

Terdahulu pada sebelah siangnya Tuanku Raja Muda berkenan berangkat menghadiri program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 36 bagi tahun 2021 yang diadakan di Masjid Sirajuddin Kg Padang Pauh bagi menyerahkan agihan zakat MAIPs bernilai RM11,200 kepada amilnya Zakaria Khamis untuk diagihkan kepada seramai 28 orang asnaf terpilih yang mana masing-masing akan menerima RM400 setiap seorang.

Turut diadakan ialah ‘Ceramah AADK’ bertopik ‘Rakyat Perlis Benci Najis Dadah’ dan promosi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang bernaung sepenuhnya di bawah MAIPs.

Baginda turut berkenan singgah menyantuni dua rumah asnaf iaitu Nadri Othman 70 dan Asma Man 60 di sekitar kariah berkenaan bagi bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan MAIPs.

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button