Nasional

Belia perlu bantu negara hadapi cabaran Covid-19

KEHIDUPAN hari ini semakin mencabar dan golongan belia yang bakal mewarisi negara dan sekaligus dunia, tidak akan melalui era yang sama seperti generasi sebelum ini.

Kehidupan bertambah sukar dengan tercetusnya pandemik Covid-19 yang dilihat dengan mata kasar, mengancam masa depan generasi akan datang.

Ditambah pula dengan perubahan cuaca atau iklim yang mana ozonnya semakin menipis, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi membantu golongan belia khasnya dan rakyat Malaysia, amnya untuk mencapai kehidupan penuh dengan kesejahteraan.

Kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, segala usaha yang dilakukan perlu bersifat inklusif dan kemampanan agar kehidupan yang dijalani boleh menjadi satu keistimewaan kepada generasi semasa.

Kata Perdana Menteri, perlu ada pentakrifan semula terhadap kejayaan ekonomi. Bukan hanya sekadar melihat jumlah hartawan yang dilahirkan tetapi bagaimanakah caranya kita meluaskan kekayaan, pertumbuhan dan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian pada Forum Ekonomi Belia 2021 secara maya bertemakan “A Brave New World” hari ini sepertio mana yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Muhyiddin berkata, golongan beliau diminta membantu dan memainkan peranan dalam mengharungi cabaran dunia baharu pasca pandemik Covid-19 kerana ia suatu reality yang memerlukan kerja keras dan ketabahan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.

Beliau menambah, sebagai Perdana Menteri, kerajaan akan sentiasa memberi sokongan kepada golongan yang terjejas kehidupan ekoran Covid-19 selagi mana rakyat memerlukan bantuan untuk pulih dan bangkit demi melangkah ke arah kemajuan. – SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button