Nasional

Selepas dua hari, mangsa tersepit di antara struktur binaan dan komponen kren akhirnya dikeluarkan

SELEPAS dua hari, mangsa yang tersepit di antara struktur binaan dan komponen gantri di tapak pembinaan lebuh raya Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, Cheras, akhirnya berjaya dikeluarkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, operasi mengeluarkan mangsa yang juga warga China berjaya dilakukan kira-kira pukul 3 pagi tadi dan mengambil masa selama setengah jam.

“Operasi ini dilaksanakan dengan teliti oleh pasukan bomba terutamanya melibatkan faktor keselamatan anggota dan operator kren.

“Operasi ini bermula pada jam pukul 2.15 pagi dan mengambil masa selama setengah jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nordin, operasi berjalan selama dua hari kerana keadaan struktur binaan yang tidak stabil menyebabkan kesukaran kepada pasukan bomba dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan mangsa.

Jelasnya, setelah pihak kontraktor dapat menstabilkan, pihaknya telah mendapat sedikit ruang untuk mengeluarkan mangsa daripada celahan beam.

Kelmarin, tiga pekerja projek pembinaan disahkan maut manakala seorang pengguna jalan raya cedera parah selepas dihempap komponen kren gantri yang terjatuh.

Insiden itu telah mengakibatkan dua pekerja warga China terjatuh dari ketinggian 40 meter manakala seorang lagi terperangkap di antara struktur binaan.

Galeri gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

 

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button