Bola SepakSukan

Itali kongsi mata dengan Belanda dalam Liga Negara Eropah

ITALI mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Negara-Negara Eropah tetapi hilang kedudukan teratas kumpulan setelah seri 1-1 dengan Belanda.

Setakat ini Azzurri hanya meraih satu kemenangan dan dua seri dalam tiga perlawanan kumpulan sebelumnya, dan perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan berakhir 1-0 dengan kemenangan kepada Itali.

Pada perlawanan hari Rabu, Marco Verratti membuka rentak di tengah, veteran Giorgio Chiellini kembali beraksi untuk dipertahanan, sementara Ciro Immobile memimpin barisan tiga penyerang yang diapit oleh Federico Chiesa dan Lorenzo Pellegrini.

Pasukan tuan rumah memecah kebuntuan pada minit ke-16 dengan gerakan hebat ketika hantaran Nicolo Barella menemui Pellegrini, yang berada di depan untuk menewaskan penjaga gol, Jasper Cillessen satu lawan satu.

Bagaimanapun Belanda bangkit sembilan minit kemudian melalui cubaan Donny van de Beek.

Sepatutnya Itali kembali mendahulu pada minit ke-56 apabila kesalahan Hans Hateboer membolehkan Immobile melarikan bola ke depan, tetapi penjaring terbanyak di Serie A musim lalu terlepas sasaran.

Dengan keputusan seri itu, ditambah dengan kemenangan Poland 3-0 ke atas Bosnia & Herzegovina, menurunkan Itali ke tempat kedua dengan enam mata, sementara Poland mendahului kumpulan dengan tujuh mata. – Xinhua

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button