Travel

Mari raikan perarakan kebudayaan sepanjang jalan di Kuala Lumpur

BUAT julung kalinya Kuala Lumpur bakal dimeriahkan oleh karnival ‘Unity Parade’ dengan mengadakan perarakan pelbagai budaya pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing yang pertama berkonsepkan kebudayaan dengan mengumpulkan 22 kaum etnik dalam negara.

Perarakan yang dilalui sepanjang 3.6km ini bermula dari Dataran Merdeka dan tamat di Lalaport Bukit Bintang, terdapat juga 5 hentian bermula jam 5 petang sehingga 8 malam.

Penolong perhubungan awam program tersebut dan juga merupakan seorang penyanyi, Noorshila Amin berkata, objektif program ini bertujuan untuk menyatu padukan kaum, pemeliharaan budaya, pendidikan dan penglibatan masyarakat.

Penyanyi Noorshila Amin turut menjayakan program Unity Parade

‘’Kita mahu naikkan semula pelbagai bangsa di Malaysia terutama di Kuala Lumpur, apabila adanya program seperti ini kitab oleh mengeratkan hubungan sesama bangsa dan lain-lain bangsa jadi boleh menyatukan budaya.

‘’Inilah yang saya nak fokuskan dalam program Unity Parade nanti, jika orang melayu datang pakai cheongsam kami sangat berbesar hati, jika ada yang pakai baju melayu atau baju kurung itu lagi unik kerana menunjukkan kita mengenali dan menghargai bangsa dan agama masing-masing’, katanya selepas acara sidang media pelancara Unity Parade bertempat di Hotel Capitol semalam.

Acara juga bakal berlangsung selama 2 hari ini bermula 24 -25 Feb ini dengan lebih 10 program menarik beserta aktiviti, tidak lupa juga dengan kehadiran artis dengan mengadakan konsert bagi menghiburkan orang ramai yang hadir.

Secara tidak langsung program ini dapat mempromosikan Pelancongan di sekitar Kuala Lumpur, orang ramai yang hadir berpeluang mendapat hadiah menarik untuk dibawa pulang.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi https://unityparade.my/ untuk menyertai pelbagai aktiviti sepanjang acara berlangsung.

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button