Nasional

Guan Eng dihalang masuk Sabah

AHLI Parlimen Bagan Lim Guan Eng mendakwa beliau tidak dibenarkan masuk ke Sabah malam tadi.

Menurutnya, dia telah diberikan pas lawatan sosial ketika tiba pada pukul 11.54 malam dan hampir masuk ke dalam kenderaan sebelum ditahan oleh pegawai imigresen.

Pegawai berkenaan memaklumkan, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah meletakkan halangan terhadap Guan Eng daripada memasuki negeri itu.

“Semalam saya telah sampai Kota Kinabalu dan melepasi imigresen lapangan terbang KK, dengan diberikan pas lawatan sosial pada 11:54 pm.

“Kemudian, sudah hampir nak masuk kereta, seorang pegawai imigresen kanan telah datang minta saya masuk semula. Saya berikan kerjasama dan ikut ke pejabat imigresen.

“Selepas menunggu 20 minit, saya tanya apa masalahnya? Mereka mendakwa bahawa SPRM telah meletakkan halangan untuk saya masuk ke Sabah. Apa ni? Bukankah ini kuasa kerajaan negeri Sabah?” tanya Guan Eng.

Menurut Guan Eng, dia akan mengadu kesukaran yang ditempohinya itu kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.

Guan Eng yang kini berhadapan pertuduhan rasuah di mahkamah berkata, kuasa untuk membenarkan seseorang memasuki Sabah terletak pada Kerajaan Negeri.

“Sedangkan ini kuasa kerajaan negeri dan bukan kuasa kerajaan pusat. Adakah ini satu lagi usaha campurtangan pusat terhadap hak dan kuasa negeri? Akhirnya, selepas setengah jam, saya dibenarkan masuk semula ke Sabah.

“Takpa lah, nanti saya akan tanya Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, adakah beliau tak mau saya masuk Sabah?” kata Guan Eng.

Guan Eng turut tidak berpuas hati kerana Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr. Ahmad Hamidi yang berhadapan dengan kes di mahkamah dibenarkan masuk ke Sabah tanpa apa-apa halangan.

“Najib Razak yang didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta boleh masuk tanpa masalah. Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes Mahkamah pun boleh masuk tanpa masalah.

“Mengapa saya dihalang masuk ke Sabah? Ini lagi satu kes antara dua darjat, double standard kah?” tanya Guan Eng.-SM

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button