Luar Negara

Menteri di Somalia maut akibat Covid-19

Menteri kehakiman negeri autonomi Hirshabelle di Somalia, Khalif Mumin Tohow maut  akibat Covid-19, juga merupakan kematian kedua di negara itu.

Al Jazeera melaporkan, Tohow meninggal dunia di hospital Martini, Mogadishu, sehari selepas diuji positif Covid-19 di bandar Jowhar, ibu negeri Hirshabelle.

Naib Presiden Hirshabelle, Ali Gudlawe Hussein mengesahkan kematian tersebut.

Menurut media tempatan, Tohow telah melawat United Kingdom pada Februari sebelum pulang ke negara Afrika itu.

Somalia mencatatkan kematian pertama akibat wabak itu pada Rabu, iaitu seorang pesakit berusia 58 tahun.

Menurut kementerian kesihatan negara itu, Somalia setakat ini mempunyai 21 kes Covid-19. termasuk beberapa kakitangan kerajaan.

Pada 2 April lalu dilaporkan bekas perdana menteri negara itu, Nur Hassan Hussein, meninggal dunia di sebuah hospital di London kerana virus corona.

Popular dengan nama Nur Adde, beliau menjadi Perdana Menteri Somalin dari November 2007 hingga Februari 2009.

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button