Ekonomi

Lebih 42,000 dapat kerja, 1,200 kerja baharu dicipta sejak Januari

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Pekerjaan Negara (National Employment Council – NEC) menjelaskan program dan inisiatif yang telah dan akan dijalankan oleh agensi pelaksana untuk mencipta peluang pekerjaan bagi Keluarga Malaysia.

“Di antara kejayaan yang telah dicapai, pada bulan Januari 2022 sahaja, 42,166
orang telah mendapat kerja dan sejumlah 1,200 pekerjaan baharu diwujudkan. Ia
mencerminkan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin pulih dengan pembukaan
semula pelbagai sektor ekonomi dan sosial. Malah, kejayaan ini juga membuktikan
bahawa inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia (“JaminKerja”) berada di landasan
yang tepat bagi mencapai sasaran penciptaan 600,000 pekerjaan pada tahun ini,” katanya.

Mengimbas kembali kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2021, kata beliau, kerajaan
dengan kerjasama bersepadu pelbagai Kementerian, agensi pelaksana dan sektor
swasta telah berjaya menempatkan 558,633 pekerjaan.

“Pencapaian ini adalah 112% daripada sasaran yang telah ditetapkan dan Kerajaan yakin bahawa kejayaan ini boleh diulangi dengan sasaran yang lebih tinggi bagi tahun 2022.

“Di samping itu, Majlis juga meneliti dan membincangkan strategi bagi
mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Sistem kuota dan Multi-tier
Levy (MTL) merupakan langkah yanang boleh diambil dalam menangani isu ini dan
sokongan daripada pihak majikan juga perlu bagi mengimbangi impak kekurangan
tenaga kerja pasca-pandemik,” katanya.

Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia, ujar beliau, mempunyai tiga komponen utama
iaitu insentif Penggajian Jamin Kerja, Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran
serta Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP).

“Majlis bersetuju dengan penetapan sasaran sejumlah 300,000 penempatan
pekerjaan di bawah Insentif Penggajian Jamin Kerja, 220,000 di bawah Program
Latihan dan Peningkatan Kemahiran, dan 80,000 di bawah MySTEP. Sebagaimana
aturan sebelum ini, pencapaian sasaran ini akan disokong oleh lima Pasukan
Petugas Khas (STF) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian
masing-masing,” ujar Ismail Sabri.

Sementara itu, tambah beliau, Kementerian Sumber Manusia telah diarahkan merangka
strategi yang khusus bertujuan meningkatkan lagi peluang pekerjaan bagi golongan
belia. Langkah ini penting kerana kadar pengangguran dalam golongan berkenaan
berada pada tahap 80.3 peratus.

Kerajaan, kata beliau, turut mengulangi pendirian mengenai usaha pendedahan awal
pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada pelajar Tingkatan 1,
untuk membantu pelajar membuat pilihan berdasarkan kecenderungan minat mereka.

“Bagi tujuan ini, kempen promosi dan penjenamaan semula TVET akan
dilakukan secara komprehensif bagi menghapuskan persepsi yang mengatakan
TVET adalah pendidikan kelas kedua. Sebaliknya, TVET akan diperkasakan agar ia
menjadi kerjaya pilihan seperti negara maju.

“Kerajaan juga akan menambah baik dan memperkasa ekosistem pekerjaan
melalui pewujudan Pusat Penempatan Pekerjaan sehenti yang akan memantau
kejayaan setiap permohonan pekerjaan. Ia merupakan pelengkap bagi platform
MYFutureJobs yang memudahkan majikan menawarkan pekerjaan dan pada masa
yang sama membantu pencari kerja untuk membuat pendaftaran dan mendapatkan
tarikh temu duga,” katanya.

Kerajaan, kata beliau, yakin strategi NEC dapat meneruskan momentum pemulihan
ekonomi negara, meningkatkan penciptaan peluang pekerjaan serta mengurangkan
kadar pengangguran. Selain itu, Kerajaan memandang serius isu-isu berkaitan seperti
kekurangan pekerja dalam sektor tertentu, kesaksamaan peluang pekerjaan,
perlindungan sosial bagi pekerja dan isu kebolehpasaran graduan.

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button