Nasional

Isu Sapura Energy: Pendapat Najib bersanggah dengan Anwar

Debat Perdana Najib-Anwar

SELAMA satu jam setengah duduk dalam Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang menjadi saksi kepada Debat Perdana antara dua bekas Menteri Kewangan ketika Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan sebelum senario berubah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri bersua wajah dan berhujah di Debat Perdana malam tadi.

Walaupun moderator, Haslina AR Kamaludin menyatakan dengan jelas kepada audiens terpilih yang hadir untuk menyaksikan perdebatan dua figura politik Malaysia yang turut menggamit perhatian dunia luar namun ketika berlangsungnya silent debate, audiens jemputan daripada kedua-dua belah pihak gagal mematuhi syarat yang amat simple iaitu jangan bertepuk, bersorak atau menjerit-jerit.

Pentas perdebatan dimulakan dengan soal kedudukan atau status syarikat yang menerajui industri minyak dan gas negara, Sapura Energy yang kini bergelut dengan  kepincangan sama ada perlu diselamatkan atau tidak.

DATUK Seri Anwar Ibrahim disambut dengan sorakan sebaik tiba di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang untuk Debat Perdana, malam tadi.

Najib diminta memulakan mukadimah tentang isu Sapura Energy yang mana beliau dengan jelas mahu syarikat klogomerat itu diselamatkan.

Lontaran dua cadangan oleh Najib (DSNR) menerusi idea beliau untuk menyelamatkan Sapura Engergy.

DSNR: ADA dua cabang yang saya cadangkan. Masa depan ekonomi negara ditentukan hala tuju. Saya ajukan visi matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Ini visi dikongsi bersama.

Kaedahnya ialah melakukan transformasi yang menyeluruh, bukan reformasi da nada empat aspek sebagai teras utama termasuklah mengukuhkan ekonomi, kestabilan politik dan mobility sosial.

Sektor minyak amat strategik dan sebanyak 20% sumbangannya pada negara. Nilai keseluruhan 338 bilion. Sapura syarikat yang strategik setelah dijadikan milik rakyat melalui PNB. Rakyat rugi jika sapura muflis dan cadangan saya, tidak melibatkan sesen pun duit rakyat.

Mukadimah Najid dibalas oleh Anwar (DSAI).
DSAI- sama ada kita mahu menyelamatkan Sapura atau tidak. Tan Sri Shamsudin ikon syarikat dan sekarang adalah generasi kedua yang mana banyak masalah. Sapura terpaksa menuntut bantuan dana secara langsung atau tidak langsung dari kerajaan. Sapura mula mengalami kerugian sejak tahun 2016 tetapi Ketua Eksekutif masih menerima bayaran sebanyak RM83 juta.

2018 2.5 bil. 71.9 juta

Pendapatan Shahril dan kelompok pada tahun 2017 ialah RM1.17 bilion. Tahun 2018, RM2.5 bilion. Pak Lah, Mokhzani, Tun Mahathir… dimonopoli mereka. Sekarang timbul kemelut besar, Sapura dimiliki PNB. Kita bukan bantu atau bail out Sapura. Buat forensic audit. Forensic audit mesti ada.

Dahulu, Perwaja di bawah Eric Chia, kita guna seluruh kuasa buat forensic audit. Sekarang kita diminta bantu. 1MDB, Serba Dinamik dan lain-lain.

Soalan moderator: Apakah implikasi kepada ekonomi negara jika bail out ini gagal?

DSNR- Isu ini penting. Yang bergantung pada syarikat ini ialah 10,500 anak tempatan… 3,000 vendors . Lima tahun sumbangan kepada ekonomi negara ialah 92 biion. Sapura milik rakyat. Pakatan Harapan tahun 2019 yang buat keputusan. Kerana rakyat pelabur ASB 10.6 juta dan kerugian pada PNB kalau muflis 5 bilion … 40%  dalam syarikat Sapura yang merupakan kedua terbesar di dunia.

Sebab Sapura jadi begini ialah harga minyak jatuh 7 tahun. Ada penyelewengan, kita ambil tindakan. Jangan benarkan Sapura muflis. Negara dan rakyat rugi. Creditors stay  dan 10 Jun kena buat sesuatu kalau tidak, satu lagi vehichle bertaraf antarabangsa akan hilang.

DSAI: 160,000 syarikat SME yang gulung tikar. Lebih 40,000 muflis. Selamatkan Sapura atau jaga kepentingan ahli politik.

MAS, Perwaja… banyak masalah dan jadikan pengajaran. 1 bilion orang ambil untung. Sebab? Tak buat forensic audit. Perlu campurtangan kerajaan atau tidak… Hukum yang salah guna kuasa. Jangan ulang yang sama. No integrity no good governance. Tak ada tekad. Yang jadi punca masalah, macam mana?

Harga minyak jatuh kata Datuk Seri Najib. Syarikat besar, okay. Slogan transformasi atau reformasi, jika tiada penyelesaian, taka da guna. Soalannya bergantung kepada kerajaan.

Dalam penggulungannya berkaitan dengan isu Sapura Energy, DSNR- Kita boleh selamatkan Sapura, boleh bantu syarikat lain. Potensi amat besar dengan 30 bilion saham dan sekarang, 500 juta. Jangan hempak pada kerajaan. Bukan.

Cadangan pertama, Petronas ambil alih Sapura. Ada expertise. PNB tidak ada. 7 bilion kontrak dapat diselesaikan dengan baik. Jamin working capital Sapura. Bila dah okay, jual pada pasaran. Petronas untung. Guna opsyen ini, Petronas untung, pelabur ASB untung.

Opsyen kedua, jaminan kerajaan. Ambil pinjaman bank. 5 servis provider terbesar di dunia ada masalah termasuk di Itali. BN bina negara bukan jual aset.

Penggulan DSAI-Kerajaan melalui PNB 2.7 bilion diberi suntikan. Dua bulan selepas Tan Sri Zeti ambil alih, rule out kewangan. Kita jelaskan keputusan dibuat BN. Disambung dua bulan. Kerajaan tak ada sesen. Petronas ambil alih. Saya katakan, guna forensic audit. Serba Dinamik dan lain-lain. Jangan lepaskan orang yang buat jenayah. Selamatkan syarikat bumiputera, kita tak nak itu dijadikan asas. Mesti bermula dengan full forensic audit. Contoh, bank beli saham syarikat Genting di Hong Kong. Kemudian, lepas tangan. Tak betul.

Hampir monopoli oleh Petronas kepada Sapura. Keuntungan besar beri pada syarikat asing Cari ramai berwibawa benci rasuah. Jangan bangkit nak selamtkan atau tidak Sapura. Buat forensik audit. – SM

(Visited 456 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button