Politik

Isu pengkhianat diangkat hero jadi faktor rundingan Muda di Melaka

ISU pengkhianat yang diangkat menjadi hero akan menjadi antara perkara yang akan diambil kira oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam proses rundingan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkara tersebut ditegaskan oleh pengasas bersama parti itu, Amir Abd Hadi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Muda bersedia untuk meletakkan calon dalam PRN Melaka jika rasa diperlukan.

Justeru, beliau menyeru pimpinan, jentera dan penyokong parti itu untuk bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Sungguhpun kita tidak bersetuju pilihan raya dilaksanakan ketika negara masih dalam proses pemulihan pandemik Covid-19, saya menyeru pimpinan, jentera dan penyokong untuk bersiap siaga.

“Saya juga percaya Muda bersedia untuk meletakkan calon di mana-mana kerusi dalam pilihan raya ini jika dirasakan perlu.

“Dalam masa yang sama, perkembangan semasa berkait isu di Negeri Melaka, termasuk kumpulan pengkhianat yang diangkat bak bero perlu diambil kira dalam proses negosiasi,” katanya.

PRN Melaka terpaksa diadakan berikutan penarikan sokongan empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Dua daripada ADUN itu merupakan bekas ADUN Pakatan Harapan yang bertindak menyokong PN menubuhkan kerajaan negeri hingga menyembabkan kerajaan negeri pimpinan PH tumbang.

ADUN tersebut adalah bekas anggota DAP Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Pada 18 Oktober, SPR menetapkan 20 November depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka ke-15.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRN Melaka di Banda Hilir.

Tambah Abdul Ghani, tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 8 November, manakala pengundian awal ialah pada 16 November iaitu Selasa.-SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button