Politik

KWSP, cadangan Anwar tidak bijak – Dominic Lau

PRESIDEN Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bijak kerana mencadangkan wang simpanan KWSP digunakan sebagai cagaran jika  membuat pinjaman bank.

Beliau berkata, pengeluaran wang simpanan KWSP adalah hak ahli KWSP, bukannnya hak Kerajaan. Jika ahli KWSP menggunakan wang simpanan mereka untuk membayar pinjaman bank, ahli KWSP juga perlu membayar kadar faedah yang ditetapkan oleh bank. Ini boleh diumpama sama seperti membuat pinjaman bersama ceti haram.

“Kenapa jadikan wang simpanan KWSP sebagai cagaran? Itu hak rakyat bukan duit Kerajaan atau Bank”

“Pelaksanaan ini akan lagi membebankan rakyat kerana terpaksa bayar bunga atau kadar faedah! Ini bukan membantu tapi menyusahkan dan menambah hutang rakyat” Dominic Lau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan semalam.

kwsp

Dominic Lau mencadangkan, daripada menggunakan wang simpanan KWSP sebagai cagaran pinjaman bank, KWSP boleh melancarkan skim pinjaman khas untuk ahli KWSP bagi menyelesaikan masalah kewangan.

KWSP juga mempunyai inisiatif untuk memberi pinjaman kepada pencarum KWSP dan mengenakan kadar faedah yang rendah kepada mereka. Jika membuat pinjaman daripada bank, ia akan memberi lebih masalah kepada ahli KWSP kerana terpaksa membayar kadar faedah yang tinggi.

Beliau berkata, KWSP dapat memberi faedah kepada pencarum dalam bentuk dividen termasuk kepada ahli yang membuat pinjaman.

“Dengan cara ini, wang simpanan pencarum KWSP tidak akan terjejas kerana pinjaman perlu dibayar balik dan KWSP boleh memanfaatkan faedah yang diperoleh daripada pencarum KWSP melalui dividen tahunan.

 

PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI

 

Artikel berkaiatan > Rakyat setuju jika tiada duit, pinjam dengan bank dan jadikan KWSP sebagai cagaran

(Visited 526 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button