Nasional

3,030,096 telah divaksin Covid-19

1,331,262 penduduk telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin

SERAMAI 3,030,096 rakyat Malaysia telah menerima vaksin Covid-19 sehingga 11.59 malam tadi.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) daripada jumlah itu 1,331,262 telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin menjadikan keseluruhan 4,362,358 dos telah diberikan.

Penerima ketiga juta merupakan seorang wanita hamil dari Lenggong, Perak. Nur Amalina Baharuddin menerima suntikan vaksin ketiga juta itu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna, Gerik pada pukul 3 petang semalam.

Sementara itu, 133,804 lagi dos vaksin diberikan semalam dengan 100,360 dos merupakan suntikan pertama dan 33,444 dos suntikan kedua.

Kuala Lumpur kini menjadi wilayah yang paling ramai mendapat vaksin iaitu 528,545 bagi dos pertama manakala 174,302 orang telah melengkapkan kedua-dua dos.

Diikuti Selangor dengan penerima dos pertama sebanyak 452,757 dan sejumlah 174,202 orang telah melengkapkan dua dos suntikan.

Sarawak negeri ketiga dengan 300,089 menerima dos pertama dan 141,972 telah melengkapkan dua suntikan vaksin.

Negeri Johor berada pada tempat keempat selepas 281,546 menerima dos pertama dan 126,673 pula telah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.-SM

 

 

 

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button