Nasional

Isu moratorium: Jadilah `mata lebah’, bukan `mata lalat’

ISU moratorium tiba-tiba menjadi berbahang setelah dikatakan Bank Negara Malaysia (BNM) goyah dari aspek sistem penyampaiannya.

Orang politik terutama pengkritik kerajaan mulalah pasang jerangkap.

Begitulah senario politik tanah air kita dalam lima tahun kebelakangan ini. Tak pernah tenang.

SUARA MERDEKA ingin menarik perhatian mengenai kisah teladan ini, yang dipertuturkan orang baik-baik dari satu grup WhatsApp ke grup WhatsApp, yakni:

Jadilah kamu seperti mata lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya.

Lebah cuma melihat dan memilih yang baik-baik. Walaupun lalu di tempat pembuangan sampah atau tempat yang kotor dia tetap mencari yang baik dan cantik.

Sebaliknya, janganlah kamu jadi mata lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorang kepada kamu, kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain

Dalam isu moratorium, kita rakyat Malaysia sewajarlah menjadi mata lebah. Hargailah apa yang telah dibuat BNM.

Dibenarkan pelanggan perbankan termasuk individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka termasuk gadai janji dan sewa beli untuk tempoh enam bulan.

Ia langkah tambahan moratorium otomatik yang berkuat kuasa mulai 1 April lalu untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang terkesan oleh penularan COVID-19.

SUARA MERDEKA memilih pandangan beberapa netizen daripada ratusan yang terpanggil membawakan isu moratorium ini. Kita ikuti pandangan netizen `mata lebah’ berikut.

moratorium

PANDANGAN PERTAMA – daripada usahawan kecil Melayu, Kapten Wan Mohd. Saufiee

– Katakanlah kita ada pinjaman bank RM2,000 sebulan dan jika ia dibayar seperti biasa April sampai September tanpa penangguhan bermaksud cash tabung simpanan kita akan susut sebanyak RM12,000.

Jika kita ambil penangguhan bayaran enam bulan pinjaman bermaksud cash reserved kita akan ada RM12,000 tunai, ditolak interest yang bakal dikenakan dianggarkan RM1,000 kita masih ada lebihan cash RM11,000 sebelum bayaran ansuran disambung kembali pada Oktober.

Amaun RM11,000 ini jika kita buat modal berniaga air balang tepi jalan buka payung dianggarkan modal awal RM1,000 satu tapak, kita boleh buka 11 cawangan dengan anggaran keuntungan bersih RM100 sehari satu tapak siap ditolak kos pekerja dan modal pusingan.

Keuntungan bersih sehari untuk 11 cawangan air balang adalah RM1,100 bersamaan dengan RM33,000 sebulan bersamaan dengan RM198,000 untung kasar untuk jangka masa enam bulan.

Jika RM11,000 dibuat modal awal membeli benih anak itik telur kita boleh dapat sekitar 3,000 ekor anak itik petelur dengan kiraan 80% pengeluaran telur sehari akan dapat hasil 2400 biji telur sehari apabila itik sudah mencapai tahap matang.

Jumlah 2,400 biji telur itik diasinkan dan dijual pada kadar RM1 sebiji akan dapat jumlah jualan kasar RM2,400 sehari bersamaan dengan RM72,000 sebulan bersamaan dengan RM432,000 untuk jangka masa enam bulan belum ditolak kos-kos lain yang terlibat.

Ini baru cerita tentang air balang dan telur itik, banyak lagi peluang dengan modal rendah seperti buah potong, sambal goreng, masak-masak dari rumah runner pergi cod, berniaga sabun basuh tangan dan banyak lagi permintaan lain di era norma baharu lepas ini.

Jadi, pilihan di tangan kita untuk buat penangguhan bayaran sambil cash reserved itu kita usahakan sesuatu ataupun kita bayar saja ansuran bulanan seperti biasa tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Nilailah keputusan yang terbaik demi masa depan kita sendiri dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa jelas dimasa yang terdekat ini.

Apa keputusan yang kita buat hari ini bakal menentukan nasib kita sendiri di waktu akan datang.

moratorium

PANDANGAN KEDUA – PATUTKAH KITA AMBIL MORATORIUM?

“Kenyataan terbaharu BNM dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.

Bermaksud yang terlibat adalah pinjaman kereta dan juga pinjaman peribadi. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.

Beza yang dulu dengan sekarang?

Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk pinjaman kereta dan pinjaman peribadi tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama enam bulan. Umpama dapat loan holiday selama enam bulan.

Sekarang faedah akan dikenakan untuk tempoh enam bulan cuti bayar tu.

Jadi, berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil moratorium?

Boleh guna formula ni untuk kira lebihan faedah yang perlu dibayar:

Lebihan faedah (Extra Interest) = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)

Contoh untuk pinjaman kereta:

Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun

Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990

Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:

1. Terus bayar lumpsum RM990 sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (Oktober 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.

2. Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.

3. Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula Oktober 2020 tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.

Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.

Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.

Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?

Kalau tanya saya secara peribadi, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.

Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.

moratorium

1. Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.

2. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

3. Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.

4. Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)

5. RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.

Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.

Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa.

Yang ada skil untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.

Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan. – SM

(Visited 762 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button