Nasional

Lelaki suap vape dalam mulut bayi, bukan bapa

Seorang lelaki dipercayai memasukkan alat vape ke dalam mulut bayi ketika kejadian di sebuah restoran di Bandar Baru Uda baru-baru ini, ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Rupiah Abd Wahid berkata ahli perniagaan berusia 23 tahun itu ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah ibu pejabat polis daerah JBU pada 12.45 pagi.

Beliau berkata penahanan itu dibuat selepas pasukannya menerima laporan polis yang dibuat oleh ibu bayi perempuan berusia tujuh bulan itu pada 6 Ogos lalu. Ibu itu mendakwa lelaki itu adalah rakan kakaknya.

“Menurut pengadu, ketika kejadian dia dan bayi itu bersama kakak dan lelaki itu di sebuah restoran.

“Tiba-tiba, lelaki yang membawa bayi itu secara berseloroh meletakkan vape yang tidak berfungsi itu ke dalam mulut bayi dan dirakam oleh kakak ibu yang menyiarkannya di media sosial dan ia menjadi viral.”

Beliau berkata susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan dan permohonan reman terhadap lelaki terbabit akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut.

Rupiah berkata, jika didapati bersalah, lelaki itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang komen atau maklumat palsu dan menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab bagi mengelak menggangu orang lain.

Terdahulu, video viral berdurasi 17 saat menunjukkan seorang lelaki meletakkan vape (peranti) ke dalam mulut bayi yang didukungnya.

Video tersebut mendapat kritikan dan reaksi pelbagai pihak.

 

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button