Sukan

EPL digantung, Liverpool terpaksa tunggu lebih lama

LIVERPOOL terpaksa menunggu lebih lama sebelum dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ekoran musim 2019/2020 ditangguhkan sekurang-kurang hingga 30 April.
Masih terdapat 92 permainan yang perlu dihabiskan. Liverpool belum lagi sah sebagai juara, tempat untuk liga-liga juara-juara masih terbuka dan pasukan yang akan tersingkir perlu dikenal pasti.
Persekutuan Bolasepak Eropa (UEFA) sudah pun menunda Euro 2020 hingga tahun depan, bagi memberi ruang untuk liga tempatan musim ini diselesaikan.
Persatuan Bolasepak England (FA) mahukan supaya musim ini dilengkapkan menjelang 1 Jun, tetapi keputusan yang dibuat pada Khamis ialah had itu boleh dilanjutkan lagi.
“Kami sepakat dalam komitmen kami untuk mencari jalan menyambung musim bola sepak 2019/20 dan memastikan semua perlawanan liga tempatan dan Eropah dimainkan sebaik sahaja ia selamat dan boleh dilakukan,” kata FA dalam satu kenyataan.
Tokoh-tokoh kelab EPL pula mula memberikan cadangan bagaimana cara terbaik untuk liga diteruskan dengan Naib Pengerusi West Ham Unted, Karren Brady berpendapat musim ini perlu diisytihar sebagai batal.
Sementara itu Ketua Eksekutif Brighton and Hove Albion, Paul Barber berkata, pilihan itu merupakan sesuatu yang sangat tidak adil untuk Liverpool yang kini mendahului dengan 25 mata dalam usaha mereka untuk muncul juara buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.
Setakat ini FA telah bersetuju untuk menggantung baki perlawanan musim ini hingga 30 April.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat luar biasa bersama 20 kelab bagi membincangkan kesan wabak Covid-19.
Liga itu sebelum ini digantung hingga 3 April, tetapi lanjutan itu dibuat ekoran langkah yang diambil kerajaan untuk membendung wabak itu.
“Tidak ada siapa yang pasti akan perkembangan Civid-19, keutamaan kami adalah memastikan kesihatan dan kebajikan semua orang, pemain, kakitangan dan penyokong,” kata kenyataan tersebut. – CNN
(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button