Nasional

Jumlah pulih COVID-19 tertinggi 91 orang hari ini

SERAMAI 91 lagi mangsa wabak Covid-19 pulih  dan dibenarkan keluar wad hari ini. Jumlah pulih tersebut merupakan bilangan tertinggi dalam sehari setakat ini.

Ini menjadikan keseluruhan pesakit yang pulih seramai 479 orang sehingga kini.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, terdapat 156 kes baru dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,626 kes.

Sebanyak 94 kes dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dengan 62 kes daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat tiga3 kes kematian baru telah dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia sebanyak 37 kes.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan pengambilan sampel ujian di dua buah kampung di Simpang Renggam, Johor yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan selesai dalam tempoh 10 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM melaksanakan lebih kurang 300 ujian sehari terutama kepada golongan sasar.

“Penduduk di dua kampung itu seramai 3,000 orang, jadi kita jangka dalam tempoh 10 hari, kita akan dapat siapkan semua ujian itu.

“Pasukan KKM pergi dari rumah ke rumah untuk memastikan kita dapat kesan kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi. Kalau kita dapat kesan kumpulan berisiko tinggi walaupun tidak ada gejala,  kita akan tetap laksanakan ujian itu,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham mengulas soalan berhubung perkembangan pengambilan sampel ujian terhadap penduduk Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim di Simpang Renggam yang bermula Jumaat lalu.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata sehingga hari ini sebanyak 18,271 saringan COVID-19 telah dilaksanakan bagi kluster berkaitan jemaah tabligh Sri Petaling.

“Daripada jumlah itu sebanyak  14,111 sampel telah diambil di mana sampel positif adalah 1,290, negatif 8,083 manakala 4,738 menunggu hasil ujian.

Sementara itu, KKM turut menasihatkan agar sebarang pembahagian makanan daripada badan bukan kerajaan (NGO) harus mengikut peraturan dan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana ia bukan bidang kuasa kementerian itu.

“Kita kena ikut sebab sekarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan. Jadi kalau PKP, bebas bergaul ataupun turun padang, ia mungkin mendatangkan risiko pada NGO itu.

“Tindakan dan niat mereka bagus tapi PKP perlu dipertingkatkan,” kata Dr Noor Hisham yang menjawab soalan berhubung garis panduan yang perlu dilaksana NGO untuk mengagihkan makanan kepada petugas barisan hadapan.

-SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button