Nasional

Empat beradik maut kebakaran ketika ibu keluar ke kedai, bapa bekerja

EMPAT beradik berumur antara tiga hingga lapan tahun maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Jalan Ismail, Muar malam tadi.

Lebih menyedihkan, ketika kejadian ibu kepada empat kanak-kanak malang itu keluar ke kedai untuk membeli bekalan berbuka puasa sementara bapa mereka bekerja di sebuah restoran.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisional Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.49 malam itu, mangsa, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air bahagian dapur kediaman mereka.

Raiz Mukhliz memberitahu, ketika kejadian, ibu mangsa yang berusia 31 tahun terpaksa keluar sebentar untuk ke kedai berhampiran manakala bapa mereka yang berusia 30 tahun sedang bekerja di sebuah restoran di bandar Muar.

“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.

“Bagaimanapun, kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemui di dalam tandas dipercayai bagi tujuan menyelamatkan diri,” katanya ketika ditempat kejadian seperti yang dipetik dari BH Online.

Katanya, kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM). Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR). – SM

(Visited 234 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button