Ekonomi

Pos Malaysia buka kedai serbaneka pertama

POS Malaysia Bhd membuka kedai serbaneka pertamanya, Pos Shop, yang menjadi sebahagian daripada perjalanan transformasi strategik syarikat.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kedai pusat sehenti (OSC) ini terletak di Pejabat Pos Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan berfungsi sebagai model untuk pembangunan masa hadapan di pejabat pos terpilih dalam negara, dengan matlamat untuk mencipta pengalaman yang lebih menarik sambil menawarkan kemudahan runcit di pejabat pos.

“Dengan memanfaatkan jangkauan dan titik sentuh Pos Malaysia di seluruh negara, kedai serbaneka ini menawarkan pelbagai pilihan minuman, pencuci mulut, makanan ringan dan produk penjagaan diri pada harga yang sangat kompetitif.

“Ia dibuka tujuh hari seminggu dari 8 pagi hingga 8 petang,” katanya. – SM 

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button