Politik

Politik semasa: UMNO bertindak sebagai satu blok

UMNO akan bertindak sebagai satu blok dalam apa juga keputusan yang akan diambil dalam berhadapan dengan situasi politik semasa.

Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ahli Parlimen parti itu tidak boleh berpecah dalam sebarang keputusan yang akan diambil.

“Kita sekadar buat percambahan fikiran. Mendengar pandangan daripada kalangan ahli Parlimen.

“Dan sebagai ahli parti kita tertakluk kepada keputusan parti dan kita pegang pada prinsip macam mana pun UMNO tidak boleh berpecah.

“UMNO mesti bertindak sebagai satu blok. Ini satu daripada pandangan yang boleh dikatakan didokong oleh semua pihak,” kata Najib pada media.

Beliau ditemui sebaik mesyuarat kepimpinan parti bersama ahli Parlimen Barisan Nasional selesai sebentar tadi.

Najib berkata, Majlis Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat malam ini akan membuat membuat keputusan terhadap langkah parti itu seterusnya.

“Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi.

“Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN adalah perjuangan rakyat. Kita perlu terus menerima, menghormati dan menjunjung suara rakyat,” kata Najib.

Mesyuarat tergempar Barisan Nasional (BN) dipercayai membincangkan mengenai kedudukan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) dan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Sebelum ini, Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau hadir mesyuarat tergempar itu bagi mengetahui mengenai pandangan BN berhubung sokongan kepada Muhyiddin.

Difahamkan UMNO akan mengadakan mesyuarat MKT malam ini bagi membincangkan perkara yang sama.-SM

 

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button