Nasional

Hanya kerana KWSP, permintaan ketupat nasi naik mendadak

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 1 Mei – Gara-gara tempias daripada pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) menyebabkan
permintaan terhadap ketupat nasi meningkat mendadak menjelang sehari lagi umat Islam akan menyambut Hari
Raya Aidilfitri.

Penjualnya, Muhamad Yusri Mahat berkata, tahun ini dia akan menjual sebanyak 12,000 biji ketupat
berbanding 10,000 biji sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu.

Menurutnya, ketupat tersebut yang dijualnya di tepi jalan di Kampung Padang Jalan Pokok Mangga dekat sini
setakat ini telah menerima tempahan sebanyak 3,000 biji dan dijangka meningkat sehari sebelum kedatangan
Aidilfitri.

“Melihat orang ramai dah boleh sambut Aidilfitri seperti biasa kerana tiada sekatan rentas negeri dan
pengeluaran KWSP, saya menambah kuantiti ketupat nasi daripada 10,000 kepada 12,000 biji bagi sambutan
Aidilfitri kali ini.

“Sejak dibuka untuk tempahan, sudah banyak yang saya terima dan sehari sebelum umat Islam menyambut raya
ini permintaan daripada orang ramai dijangka meningkat,” ujarnya di sini hari ini.

Muhamad Yusri berkata, bagi mereka yang tidak buat sebarang tempahan, boleh datang sendiri ke kedainya
di Kampung Padang dan boleh pilih ketupat yang disukai.

Katanya, dia serta tujuh pekerjanya akan mula memasak ketupat dan menjualnya bermula malam ini kira-kira
pukul 11.00 malam (Ahad) hingga esok pagi (Isnin).

“Kami akan mula memasak ketupat menggunakan enam periuk besar mungkin makan masa beberapa jam. Orang ramai yang tidur lewat boleh datang ke kedai saya untuk membeli sebab kedai dibuka sepanjang tempoh 24 jam,”
ujarnya.

Menurutnya, ketupat yang dijualnya berlaku kenaikan harga daripada RM1.00 sebiji dijual kepada RM1.20
manakala ketupat jumbo (besar) naik daripada RM1.30 naik RM1.50.

“Harga ketupat naik dan tidak boleh dielakkan berikutan kenaikan harga daun kelapa muda untuk menganyam
ketupat yang datang dari Indonesia selain kenaikan beberapa barang lain,” ujarnya yang menjual barangan
itu sejak lebih 10 tahun lalu.

Sebarang pertanyaan untuk tempahan boleh menghubungi di talian 019-6555912.

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button