Hiburan

Isteri Yonnyboii mengidam, hanya mahu makan akok dari Kelantan

Penyanyi rap Yonnyboii berkongsikan isterinya, Nik Nazira yang kini hamil enam bulan mengidam makanan manis seperti kuih akok.

Memetik Harian Metro, Yonny mengakui bukan mudah apabila isterinya mengidam apatah lagi mahukan kuih akok yang dijual di Kelantan.

“Isteri mengidam makanan manis, seperti kuih akok. Tapi, ia bukanlah benda yang mudah. Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan.

“Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya,” katanya.

Dalam pada itu, Nazira berkata alahannya juga semakin baik berbanding di awal kehamilan apabila dia tidak boleh makan mahupun minum.

“Waktu dalam trimester pertama, memang alahan saya sangat teruk. Semua benda saya tak boleh nak makan. Bahkan, minum air kosong pun saya akan muntah.

“Disebabkan itu jugalah saya dehidrasi dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Sekarang, alhamdulillah semuanya semakin okay. Cuma ada ketikanya saya rasa pedih hulu hati,” katanya. – SM

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button