Luar Negara

Isteri PM Kanada dijangkiti Covid-19

Isteri Perdana Menteri Kanada, Sophie Gregoire Trudeau disahkan dijangkiti virus Covid-19.  Sophie Gregoire menunjukkan simptom jangkitan selepas pulang daripada London.  Beliau berucap di persidangan WE UK Day di London pada 4 Mac lalu.

Pejabat Perdana Menteri Kanada dalam satu kenyataan mengumumkan Justin Trudeau kini menjalani kuarantin selama 14 hari dan hanya bekerja dari rumah. Trudeau yang berada dalam keadaan sihat tidak mempunyai perancangan untuk menjalani ujian.

Menurut kenyataan tersebut, Trudeau akan terus melakukan tugas-tugas Perdana Menteri sepanjang beliau menjalani kuarantin.

Pihak berkuasa kesihatan Kanada ketika ini merawat 138 kes berkaitan Covid-19 dan seorang telah meninggal dunia.-SM

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button