NegeriRencah Hidup

Raja Perempuan Perlis diiringi Raja Muda, Raja Puan Muda berkenan hadir perkahwinan bekas anak pembesar

RAJA Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri dua majlis perkahwinan kepada anak bekas pembesar yang pernah berkhidmat di negeri ini.

Berangkat sama mengiringi Baginda, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pada majlis pertama yang dihadiri tetamu DiRaja ini adalah perkahwinan anak lelaki kepada bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Ghazali Md. Amin dan isteri, Datin Norsiah Jalaludin Baginda Mahraja.

Kamarull Baharin Datuk Ghazali yang bertemu jodoh dengan pilihan hatinya Dr. Nur Hidayah Abd. Rahman ini diraikan pada majlis resepsi di Singgahsana Pengantin Banquet Hall, Shah Alam, Selangor.

Pada satu lagi majlis resepsi pula perkahwinan antara Siti Sarah Datuk Azizan dengan Mohd Fadzil Mohammad di Dewan Anggerik, Sharifah Kohijrah Wedding and Event Hall, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Siti Sarah adalah anak kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid dan isteri, Datin Norhayati Ahmad.

Datuk Ghazali dan juga Datuk Azizan beserta isteri melahirkan masing-masing terharu dan menjunjung setinggi kasih atas limpah perkenan Baginda berangkat ke majlis resepsi perkahwinan anak masing-masing.

Sekalian yang hadir juga amat teruja dengan keberangkatan tetamu diraja dari Perlis. – SM

(Visited 5,835 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button