Nasional

Dr Mahathir pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan

PERDANA Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Dr Mahathir tiba kira-kira 8.30 malam diringi konvoi keselamatan dan dilihat mengangkat tangan kepada petugas media yang menunggu dalam keadaan hujan renyai.

Antara pemimpin PH yang kelihatan adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo.

Mesyuarat tertutup itu diadakan bagi membincangkan hal ehwal parti yang dijangka berlangsung selama dua jam. – BERNAMA

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button