Politik

PRU-15 BN akan capai kemenangan besar – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap kemenangan yang dicapai di Johor melalui pilihan raya negeri adalah cerminan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Zahid berkata, mudah-mudahan keputusan PRN ini akan memberikan gambaran kepada komitemen dan iltizam seluruh jentera, para pemimpin dan ahli-ahli UMNO di akar umbi dan para pengundi termasuk yang belum menjadi ahli UMNO untuk terus bangkit.

“Alhamdulillah, apapun keputusan yang dicapai adalah cerminan kepada PRU ke-15. Mudah-mudahan ini akan memberikan gambaran, komitmen, iltizam kepada bersama-sama dengan UMNO untuk kestabilan politik di negara kita tanpa mengira agama, kaum dan Wilayah.

“Insya-Allah kita akan tunjukkan komitmen kita untuk kemajuan dan pembangunan ekonomi,” katanya yang juga Presiden UMNO.

Ujarnya lagi, hanya BN yang boleh mewujudkan kestabilan kepada seluruh jentera dan semua pihak yang bertungkus-lumus untuk parti.

Terdahulu, proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang bermula 8 pagi tadi, tamat selepas 1,021 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang ini.

PRN Johor kali ini menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN kali ini layak mengundi hari ini.

(Visited 461 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button