Politik

Istana Negara kongsi foto menghadap ketua, wakil parti politik

Ketika hangat komen dan perdebatan mengenai proses memilih perdana menteri kesembilan, Istana Negara hari ini berkongsi beberapa keping foto ketika wakil-wakil dan ketua-ketua parti politik menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 17 Ogos lalu.

Berikut kenyataan Istana Negara di dalam Facebook rasminya:

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama di Istana Negara pada hari selasa lalu, 17 Ogos 2021.

Dengan titah Seri Paduka Baginda, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah disembah silakan turut berangkat hadir semasa sesi menghadap ini atas kapasiti Baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Turut hadir pada sesi menghadap ini, Ketua Setiausaha Negara, Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Peguam Negara.


Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap secara maya ketua-ketua dan wakil-wakil komponen-komponen parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah diadakan sebelum sesi menghadap ketua-ketua dan wakil-wakil parti-parti politik utama ini.

Sesi-sesi menghadap ini adalah lanjutan daripada peletakan jawatan Yang Berhormat Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021 lalu.

Nota: Sila rujuk kenyataan media, bertarikh 18 Ogos 2021, untuk maklumat lanjut.

(Visited 108 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button