Luar Negara

Umat Islam Singapura boleh bernikah atas talian – MUIS

Pasangan pengantin beragama Islam di republik ini tidak lagi memerlukan tandatangan jurunikah dan saksi untuk berkahwin, lapor The Straits Times.

Ia adalah sebahagian daripada usaha membawa perkahwinan Islam secara dalam talian di bawah cadangan pindaan undang-undang.

Perubahan itu juga termasuk pengenalan sijil digital perkahwinan dan akan menjadi sebahagian daripada proses baharu untuk perkahwinan pasangan Islam.

Menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) semalam, orang ramai boleh memberi maklum balas mengenai cadangan perubahan kepada Pentadbiran Undang-Undang Islam sehingga 30 November ini.

Perubahan itu sebahagian besarnya bertujuan mengemas kini peraturan yang mengawal cara institusi Islam berkanun beroperasi.

Institusi berkenaan ialah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Mahkamah Syariah dan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Islam.

Satu lagi perubahan yang dicadangkan ialah untuk mentakrifkan sekolah agama Islam dengan lebih jelas dan membenarkan MUIS mentadbir semua sekolah sedemikian di Singapura dengan lebih baik, termasuk kelas dalam talian dan fizikal.

Ia juga akan membolehkan MUIS mengambil tindakan terhadap sekolah agama Islam yang tidak berdaftar.

Ketika pandemik COVID-19, MUIS mendapati terdapat sekolah atau individu yang tidak berdaftar dengan MUIS menjalankan kelas agama dalam talian.

Butiran mengenai cadangan perubahan peraturan boleh didapati di laman web Reach di https://go.gov.sg/amla-consult, dan orang ramai mempunyai masa sehingga jam 6 petang pada 30 November untuk memberi maklum balas.

“Kerajaan berunding dengan rakan kongsi komuniti dan pihak berkepentingan serta sentiasa menyemak akta untuk memastikan perundangan ini sentiasa dikemas kini dengan program dan proses baharu, dan memenuhi keperluan masyarakat Islam.

“MCCY akan menyemak semua maklum balas yang dikemukakan ketika rundingan dan memperhalusi pindaan di mana sesuai.” menurut kenyataan itu.

 

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button