Luar Negara

Israel lancar serangan udara di Damsyik

TELEVISYEN Syria melaporkan bahawa serangan udara Israel telah melanda beberapa lokasi di kawasan luar bandar di barat ibu negara Damsyik pada Khamis lalu.

Agensi berita negara Syria SANA, memetik sumber tentera, berkata pertahanan udara Syria telah menembak jatuh “beberapa” peluru berpandu yang telah dilepaskan.

Tambahnya, serangan tersebut hanya menyebabkan kerosokan fizikal sahaja dan tidak berkongsi lebih lanjut mengenainya.

Sementara itu, Israel kerap melancarkan serangan terhadap apa yang disifatkannya sebagai sasaran Iran di Syria, di mana tentera yang disokong Tehran termasuk Hizbullah Lubnan telah dikerahkan sejak sedekad lalu untuk menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang Syria.

Seorang komander sekutu pro-kerajaan menafikan kepada media bahawa serangan telah menjejaskan kedudukan mereka di luar Damsyik.

Bagaimanapun tiada sebarang ulasan dikeluarkan daripada kerajaan Israel

Pada bulan Mac, media kerajaan melaporkan bahawa serangan Israel ke atas ibu kota Syria Damsyik membunuh dua orang awam dan meninggalkan beberapa kerosakan barangan. – REUTERS – SM

(Visited 395 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button