Berita

Israel koyak lawan tentera bawang Malaysia

Walaupun mempunyai hanya kira-kira 32 juta penduduk, tetapi Malaysia terkenal dengan netizen yang cukup padu apabila melancarkan serangan.

Sasaran terbaharu netizen atau juga dikenali tentera bawang telah menyerangkan Israel dengan #IsraelKoyak.

Tanda pagar itu menjadi trending sehingga terdapat orang Israel membalasnya.

Ini termasuklah twitter Israel Defence Force yang meremehkan serangan tentera bawang Malaysia di media sosial.

Palestin dan Israel diambang peperangan sepenuhnya.

Ia berikutan lebih 200 penduduk Palestin dilaporkan cedera dengan kira-kira 50 daripadanya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas pasukan tentera Israel melepaskan gas pemedih mata, tembakan peluru getah, malah membaling bom ke arah mereka.

Jumaat lalu, lebih 200 orang cedera dalam pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin apabila puluhan ribu jemaah berkumpul di Masjid Al-Aqsa menunaikan solat Jumaat terakhir di bulan Ramadan.

Menurut Palang Merah Palestin, pertempuran sekali lagi tercetus pada Sabtu lalu di sebahagian besar kawasan berhampiran Baitulmuqaddis Timur dan mengakibatkan lebih 100 cedera.

Dalam pada itu Tentera Hamas melancarkan sejumlah roket terhadap hub ekonomi di Tel Aviv sebagai serangan balas selepas tentera Israel memusnahkan blok menara setinggi 12 tingkat di Gaza, ketika pertempuran antara kedua-dua pihak terus memuncak.

Ketegangan yang berlaku menyaksikan sekurang-kurangnya 30 penduduk Palestin terkorban di Semenanjung Gaza dan lebih 200 cedera.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh memberi amaran bahawa ‘jika Zionis terus mahu burukkan keadaan, kami sudah bersedia’.

Manakala, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz pula menegaskan pertempuran yang berlaku ketika ini hanyalah ‘satu permulaan’

Dalam pada itu, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Keamanan di Asia Barat, Tor Wennesland berkata, Israel dan Hamas bakal mencetuskan peperangan skala besar sekiranya pertempuran dan ketegangan tidak dihentikan segera.

(Visited 6,330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button