Politik

Pemimpin Warisan mahu DUN Sabah dibubarkan

SELEPAS dakwaan oleh Tan Sri Musa Aman bahawa beliau kini mempunyai sokongan yang cukup untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pemimpin Warisan Sabah meminta supaya diadakan pilihan raya segera.

Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan supaya rakyat dapat memberikan mandat baharu.

Leiking juga mengkritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan yang dikatakan menyokong gabungan yang dibentuk oleh Musa dan mengatakan mereka semua adalah pengkhianat.

Ahli Parlimen Penampang itu terkejut dengan dakwaan bahawa ADUN terbabit berpaling tadah sedangkan sebelum ini telah menyatakan kesetiaan kepada Mohd Shafie.

“Ini satu pengkhianatan yang dahsyat terhadap mandat yang disokong oleh pendudukan Sabah sejak dua tahun lalu.

“Mereka berulang kali menyatakan kesetiaan dan menandatangani akuan kepada ketua menteri yang sah dan kerajaan negeri dan cukup pelik melihat mereka melakukan pusingan U,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

Oleh itu katanya, beliau secara peribadi mahu pilihan raya negeri di adakan segera.

Petang tadi, Musa mendakwa telah mendapat cukup sokongan untuk memiliki majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan baharu.

Musa juga berkata, akan menghadap Yang Dipertua Negeri secepat mungkin bagi mengerahkan akuan bersumpah ADUN yang menyokongnya.

Antara ADUN yang hadir pada sidang akhbar di rumah Musa di Luyang petang tadi ialah ADUN PKR Kenny Chua (Inanam), ADUN DAP yang dilantik, Ronnie,  ADUN Warisan,s Osman Jamal (Balung), Hamisa Samat (Tanjung Batu), Musbah Jamli (Tempasuk), Bolkiah Ismail (Pitas), Anita Baranting (Tandek) dan Abidin Madingkir (Paginatan) dari UPKO.

Oleh itu Leiking mendesak supaya dikembalikan kuasa kepada rakyat supaya mereka yang membuat keputusan dalam memilih kerajaan. – SM

 

(Visited 334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button