Nasionalpilihan

Warga asing kurang siuman ditahan tetak lelaki

SEORANG lelaki yang bertugas sebagai pengawal keselamatan cedera selepas ditetak oleh seorang lelaki warganegara asing kurang siuman.

Laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat seorang lelaki pada 9.13 malam semalam dan menyatakan berlaku pergaduhan melibatkan dua individu dan seorang dariapadanya mengalami kecederaan akibat ditetak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, kejadian dipercayai berlaku pengadu sedang bertugas sebgai pengawal keselamatan di Dewan Masyrakat (DBKL) Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur pada 8.20 malam semalam.

“Dalam kejadian ini, seorang lelaki dipercayai warganegara asing yang kurang siuman telah menggunakan parang menetak mangsa.

“Suspek kemudian terus melarikan diri ke arah semak di belakang dewan lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Basri, mangsa yang juga warganegara asing berusia 32 tahun mengalami kecederaan serius di pipi, leher dan siku sebelah kiri badan akibat dikelar oleh suspek.

Jelasnya, pengadu bagaimanapun tidak mengenali kedua-dua lelaki tersebut.

“Kira-kira pukul 10 malam semalam, kita telah pergi ke kawasan belukar yang terletak di belakang Stesen Minyak Petronas, Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur dan menangkap suspek yang berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.

“Lokasi tangkapan adalah di dalam belukar jarak lebih kurang
800 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Ujarnya, motif kejadian masih belum dapat dipastikan kerana mangsa dan suspek tidak memberikan kerjasama dan enggan bercakap.

Tambahnya, suspek kini direman di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Pin 2002) hingga 16 September depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button