NasionalNegeri

Naikan imej Perlis destinasi pelancongan baharu sempena TMP2024-2025-Raja Muda

RAKYAT diminta menggunakan peluang Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMP2024-2025) bagi menaikkan lagi imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama yang baharu di Malaysia.

Sehubungan itu, Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap supaya rakyat dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakannya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah melancarkan Majlis Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Persiaran Wawasan, Kangar. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

“Beta percaya rakyat negeri ini kaya dengan sifat hospitaliti, berhemah dan amat prihatin terhadap isu kebersihan alam sekitar, seiring dengan tema “Perlis Damai dan Menawan”, titah Baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Majlis Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Persiaran Wawasan, Kangar.

Berkenan berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan barisan exco kerajaan negeri.

Antara kontinjen yang terlibat dalam Majlis Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Persiaran Wawasan, Kangar. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, generasi muda mestilah dipimpin untuk mengenal dan menghayati ajaran-ajaran agama yang benar lagi sahih.

“Agama yang benar lagi sahih akan membentuk cara fikir yang betul lagi seimbang, membersihkan rohani dari kekotoran jiwa, mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta, menterjemahkannya dalam perbuatan dan sikap yang soleh dan diredhai Allah,” titah Baginda.

Titah Bagindq, minda, akal budi, rohani dan perlaksanaan amalan agama itu hendaklah dibina di atas asas yang benar dan sahih iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

“Ini selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis yang memartabatkan kedudukan istimewa Manhaj Ahlis Sunnah WalJamaah,” titah Baginda.

Kira-kira 20,000 rakyat membanjiri Kompleks DUN bagi meraikan sambutan hari kebangsaan yang pertamakali di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Orang ramai membanjiri Kompleks DUN bagi menyaksikan Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Perlis malam tadi. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis.

Acara sambutan termasuklah Persembahan Tarian dan Nyanyian Pelajar Sekolah, Penampilan Khas Artis, Persembahan Artis Tempatan, Tarian Perang Orang Asli Senoi Praaq, Persembahan Brass Band Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Persembahan Koir dan Persembahan Seni Mempertahankan Diri.

Juga diadakan pertunjukan dron yang dikoreografikan menggunakan sebanyak 350 dron serta teknologi ‘Drone Light Show’; perbarisan dan perarakan yang melibatkan 59 buah kontinjen dari perlbagai Agensi Kerajaan dan Swasta serta perarakan berkuda dan penghantar makanan Grab bermotorsikal.

Majlis ini diakhiri dengan laungan Ambang Merdeka serta menaikkan Jalur Gemilang dan Nyanyian Lagu Negaraku tepat pukul 12 tengah malam dan persembahan bunga api.- SM

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button