Politik

Strategi tidak semestinya makan diri, demi kekuatan BN negeri

PRK Sabah: Spekulasi berterbaran apabila nama Musa Aman tak masuk senarai

APABILA Pengerusi jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin berkata, nama Musa Aman tidak termasuk dalam senarai gabungan itu bagi pilihan raya negeri sudah pasti ada sebab musababnya.

Bung Moktar selaku Pengerusi UMNO Sabah juga memberitahu, memang tidak ada perbincangan tentang hasrat Musa yang ingin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sungai Manila dalam Parlimen Libaran walaupun beliau mengisyaratkan perkara itu sebelum ini.

Nama Musa tidak ada dalam senarai calon BN yang akan diumumkan pagi ini,” memetik kata Bung Moktar seperti dilaporkan oleh portal berita ASTRO Awani.

Pada kira-kira pukul 10 pagi ini, BN akan mengumumkan senarai calon yang bertanding pada PRN Sabah.

Sejauh mana keputusan BN Sabah menggugurkan nama bekas ketua menteri itu daripada senarai calon BN untuk pilihan raya negeri itu  tidak semestinya bakal mengundang padah kepada gabungan itu walaupun pada pandangan penganalisis dari TiTM Sabah, Tony Paridi Bagang dari TiTM Sabah berpendapat sedemikian.

Walaupun Tony berkata, BN Sabah akan menyesali langkahnya kerana menggugurkan nama Musa yang dianggap sebagai tokoh besar politik di Sabah namun percaturan BN dilakukan bukan bersandarkan pada satu nama sahaja.

Tidak dinafikan kenyataan Tony bahawa Musa mempunyai sokongan tetapi sudah tiba masanya, Sabah memaparkan muka-muka baharu sebagai calon dengan idea pembangunan yang lebih segar untuk rakyat negeri Sabah.

Samada sokongan dari akar umbi itu kuat atau tidak, sama ada penyokong Musa menentang BN, mereka harus berfikiran terbuka demi masa depan Sabah dan mereka sendiri untuk terus memacu ke arah kehidupan yang lebih baik.

Mengikut kenyataan Tony kepada FMT, sepkulasi yang ditebar seolah-olah terdapat kemungkinan berlakunya sabotaj dari dalam gabungan BN.

“Namun begitu, kita juga mahu tahu kenapa Musa tidak tersenarai. Ia hanya menimbulkan spekulasi dan mewujudkan persepsi negatif,” katanya.

Dalam hantaran di Facebook kelmarin, Musa  penyandang kerusi DUN Sungai Sibunga dan mahu kembali bertanding di Sungai Manila telah menimbulkan spekulasi berhubung kerusi yang ingin ditandinginya dalam PRN Sabah.

Inilah senario permainan politik kerana percaturan BN Sabah biar apa pun alasannya, adalah strategi politik untuk terus memperkuatkan BN/UMNO Sabah. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button