Nasional

Acryl Sani dilantik jadi pemangku Timbalan Ketua Polis Negara

PENGARAH Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.

Pelantikan Acryl Sani ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang akan bersara wajib pada esok.

Abdul Hamid berkata, PDRM masih menunggu perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung penyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara sebelum mengumumkannya.

Majlis serah terima tugas itu telah diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM, di Cheras, dekat sini, pagi ini, disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Acryl Sani sebelum ini pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Sumber Strategik serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK). -SM

(Visited 650 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button