Nasional

Susu formula harga Rahmah akan diperkenalkan

SUSU formula harga Rahmah akan diperkenalkan dalam masa terdekat bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.

Buat masa ini, beliau berkata, pihaknya sedang menunggu harga ditawarkan pengeluar susu tepung itu.

FUZIAH

“Kita sudah melaksanakan sesi libat urus bersama pengeluar, setakat ini maklum balas diberikan mereka amat positif,” katanya selepas merasmikan Karnival Jualan Rahmah di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

Bulan lalu, KPDN dilaporkan akan mengadakan libat urus dengan pengeluar susu formula bagi membincangkan harga Rahmah.

Fuziah dilaporkan berkata, kerajaan mengambil maklum kenaikan harga susu formula di pasaran ketika ini.

Justeru tindakan segera akan dilakukan bagi mencari penyelesaian meringankan beban rakyat, katanya. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

BACA Kementerian rangka Dasar Ekonomi Rahmah, tingkatkan taraf hidup B40

BACA Payung Rahmah memayungi rakyat, golongan B40

BACA Jaya Grocer dan Grab Malaysia tawar tiga inisiatif Payung Rahmah

 

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button