Nasional

Bincang soal pertanian moden dan aplikasi teknologi pintar dengan Singapura

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak melepaskan untuk berbincang dengan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia mengenai kepentingan membangunkan pertanian moden dan aplikasi teknologi pintar dalam sektor pertanian.

Ujar Menterinya, Mohd Sabu, perkara yang dibincangkan semasa TYT Vanu Gopala Menon membuat kunjungan hormat di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

“Pertemuan itu adalah penting bagi membincangkan kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam sektor pertanian khususnya berkaitan perdagangan agromakanan.

“Dalam masa yang sama, Malaysia turut mempelawa Singapura untuk bersama-sama meningkatkan bekalan makanan melalui pelaburan dalam sektor pertanian moden di Malaysia,” katanya.

Mohamad turut menyatakan bahawa kestabilan bekalan makanan adalah isu global dan perlu ditangani bersama oleh Malaysia dan Singapura.

Tambahan pula, Singapura bersedia untuk berkongsi teknologi dan kepakarannya dalam bidang pertanian pintar.
Singapura merupakan rakan dagang pertanian yang penting untuk Malaysia.

“Untuk rekod, daripada Januari hingga Oktober 2022, nilai perdagangan dalam sektor pertanian di antara Malaysia dan Singapura adalah berjumlah RM15.99 bilion.

“Kedua-dua negara bersedia untuk memberikan komitmen bagi memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan matlamat untuk menjamin sumber bekalan makanan yang mampan dan berterusan,” kata Mohamad Sabu.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFS dan pegawai-pegawai kanan MAFS serta wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Malaysia. – SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button