Nasional

Ismail Sabri arah agensi kerajaan bantu mangsa banjir

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan semua agensi kerajaan yang berkaitan melakukan segala yang mungkin untuk membantu mangsa banjir di Selangor.

Perdana menteri sementara itu berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Angkatan Tentera dan Angkatan Pertahanan Awam sudah bersedia untuk membantu memindahkan sesiapa jika perlu.

Katanya, beliau juga telah mengarahkan semua agensi berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya menumpukan segala usaha untuk membantu mangsa.

“Pastikan semua operasi menyelamat berjalan lancar, stok makanan mencukupi dan pengangkutan sedia ada,” katanya kepada agensi penyelamat dalam catatan Facebook.

Ismail Sabri menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kemungkinan bencana alam berlaku pada bila-bila masa dan sentiasa mengikut arahan agensi keselamatan.


“Sentiasa berwaspada dengan sebarang ramalan cuaca buruk yang mungkin dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia supaya anda boleh membuat persiapan yang sewajarnya.

“Mari kita sama-sama berdoa agar bencana ini segera berakhir dan mangsa dapat pulang dengan selamat,” katanya.

 

(Visited 23 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button