Hiburan

Isma tak kisah dirinya dikecam selepas mengaku pondan

WALAUPUN dikecam kerana membuat kenyataan dengan mengaku dirinya seorang pondan, Isma Yusoof mengakui perkara itu sedikit pun tidak mengguris hatinya.

Menurut Isma, dia faham, seseorang itu akan menghakimi orang lain dengan menggunakan pandangan pertama jika belum mengenalinya.

“Kepada yang mengecam Isma gila-gila, macam seolah-olah kenal Isma sangat, Isma tak marah sebab Isma faham selagi kita tak kenal orang tu, kita sentiasa menghakimi orang itu dengan pandangan pertama.

“Tidak ada masalah sebab Isma faham kenapa ada orang yang negatif. Jujurnya, saya tak marah sebab saya dah banyak pengalaman dengan orang yang tidak dikenali dan benci saya.

“Tetapi selepas berjumpa dan berborak dengan saya, benci itu jadi cinta,” katanya.

Ujarnya, dia juga mendoakan semoga semua orang dalam keadaan yang baik dan bagus serta berbahagia selalu.

Menurutnya, dia mahu orang ramai sentiasa positif dan tidak mempunyai perasaan marah tidak menentu serta sentiasa bersangka baik dengan semua perkara.

“Saya memang pilih untuk cinta dan saya semua orang sama ada orang itu sayang atau benci saya.

“Dunia ini ilusi sahaja. Yang pasti ialah akhirat. Jadi semua orang akan memainkan peranan untuk mengajar Isma menjadi orang yang lebih baik dan bagus,” katanya.

Ini bukan kali pertama Isma membuat pengakuan yang dirinya berada dalam golongan transgender kerana tahun lalu juga pengakuan sama dibuat. -SM

(Visited 763 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button