Parlimen

Sidang Dewan Rakyat Isnin ini ditangguh akibat Covid-19

MESYUARAT Khas Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada Isnin ini ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19 di bangunan Parlimen.

Perkara tersebut dinyatakan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin dalam notis penangguhan yang diedarkan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat hari ini.

“Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Perlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat Isnin 2 Ogos ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Pemakluman ini dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Meteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-pertauran Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.

Tambah beliau, pengangguhan tersebuat adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.

Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlaku penularan jangkitan Covid-19.-SM

 

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button