NasionalNegeri

Ziarah Mahabbah perluas perkongsian kepakaran perubatan MAAIMUSS dinaungi Raja Muda Perlis

PROGRAM Ziarah Marhabbah Edisi Ke-7 kali ini menambah satu lagi perkongsian dengan 6 Wilayah Andaman, Thailand iaitu bidang perubatan ultra sound (ultra bunyi).

Presiden Perubatan Dalaman Akut Tahap Lanjut (MAAIMUSS), Datuk Seri Dr. Paras Doshi berharap ia bakal menarik minat hospital di sini untuk bekerjasama bagi membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan untuk penduduk.

Sempena program Ziarah Mahabbah ini, Dr. Paras berpeluang bertemu dengan Timbalan Pengarah Hospital Vachira Phuket, Dr Lersak Leenanithikul dan Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Awam Wilayah Phuket Dr Somsuk Sumparnprateep di Hotel Grand Mercure, Phuket, Thailand baru-baru ini.

Pada pertemuan ini juga, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja MAAIMUSS

yang diiringi anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan hadir dan mengurniakan plaka kepada kedua wakil berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin mengetuai Ziarah Mahabbah anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama 35 delegasi ke Wilayah Phuket dari 5 hingga 7 Ogos.

Dr. Paras

Dr. Paras yang bertugas di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) memberitahu, hospital ini adalah perintis menggunakan kaedah perubatan ultrabunyi pertama di Malaysia sejak 2020.

Beliau menjelaskan, dengan menggunakan kaedah perubatan ultrabunyi dalam tempoh dari Julai 2020 hingga Dis 2021 telah berjaya menjimatkan kos RM5.5 juta.

Beliau berkata, tugas pegawai perubatan untuk mengesan penyakit pesakit juga lebih pantas.

“Tenaga pegawai perubatan tidak perlu banyak dalam satu-satu masa untuk mengesan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh pesakit,” katanya.

Katanya, pesakit juga lebih gembira kerana tidak perlu lama berada di wad untuk rawatan seperti sebelum ini.

“Pesakit hanya datang temu janji melakukan pemeriksaan kesihatan tanpa menunggu masa yang lama,” katanya.

Berikutan itu kata Dr. Paras ia dapat menjimatkan penggunaan katil sebanyak 20 peratus. – SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button