Nasional

Doktor wanita ditemui mati di bilik hotel PD

SEREMBAN: Seorang doktor wanita ditemui mati di sebuah bilik hotel di Pasir Panjang, Port Dickson, dekat sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Aidi Sham Mohamed berkata seorang pekerja hotel menemui mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di dalam bilik hotel itu pada jam 2 petang.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan di klinik kesihatan Pasir Panjang pada 2.56 petang.

“Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah di tempat kejadian, manakala semakan dengan pihak hotel mendapati mangsa mendaftar masuk seorang diri pada 19 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Aidi Sham berkata, mangsa berusia 37 tahun itu masih bujang dan merupakan pegawai perubatan di sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau berkata bedah siasat dijalankan di jabatan forensik Hospital Port Dickson semalam, dan punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut pada masa ini,” katanya.

(Visited 460 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button