Politik

Isham Jalil sah dilantik ahli MKT UMNO

SEPERTI dijangka, mesyuarat MKT UMNO malam tadi mengesahkan desas-desus bekas Ketua Penerangan BN Negeri Selangor, Isham Jalil dilantik sebagai ahli MKT UMNO.

Pelantikan Isham adalah menggantikan tempat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang tidak lagi menjadi ahli MKT.

Berikut catatan perkongsian rasa Isham susulan pelantikan baharu itu.

Saya telah dimaklumkan di dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada malam ini bahawa saya telah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkuatkuasa 24 Jun 2022. Saya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi di hadapan Presiden dan kepimpinan tertinggi parti yang lain sebentar tadi.

Saya amat bersyukur kepada Allah SWT ke atas ketentuanNya ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana telah melantik saya dan memberikan kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menggalas tanggungjawab ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh kepimpinan tertinggi parti dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana telah menyokong perlantikan saya ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua akar umbi UMNO yang telah bersama-sama saya dalam perjuangan kita selama ini.

Tidak lupa juga kepada Dato’ Sri Najib yang telah memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan kepada saya selama ini.

Saya akan terus berjuang untuk kehidupan yang lebih baik untuk rakyat dan negara dan masa depan kita semua.

Semoga Allah merahmati dan memberkati perjuangan kita semua sehingga kita memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat, inshaAllah. –
SM

 

 

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button