Nasional

Covid-19 catat 260 kes baharu, kedua tertinggi sejak wabak itu tersebar

SEBANYAK 260 kes positif Covid-19 dicatatkan hari ini iaitu catatan kedua tertinggi sejak wabak itu melanda negara ini.

Catatan tertinggi ialah 275 kes yang direkodkan pada Jun lalu.

Majoriti kes yang dicatatkan pada hari ada kaitan dengan kluster dari Sabah dan penyebar utama adalah kalangan ahli politik yang berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Semua kes kecuali satu adalah penularan tempatan. Hanya satu kes yang dijangkiti ketika berada di luar negara iaitu individu yang pulang dari United Kingdom.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, dari 259 penghantaran tempatan, 31 telah pergi ke Sabah baru-baru ini, menjadikan kes dari negeri itu sejak September menjadi 119 kes.-SM

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button